Posted on Leave a comment

7 Tip Membeli T-shirt Terbaik Dengan Bijak

T-shirt adalah pakaian yang paling selalu dijadikan pilihan sebab selesa dan versatil serta sesuai dipakai bila-bila masa. Tetapi walaupun nama t-shirt, tapi tak semua t-shirt sama. Pemilihan t-shirt yang bagus boleh memberikan impak pada fesyen anda juga. Di sini saya kongsikan tip-tip memilih t-shirt dengan lebih baik:

  1. Fabrik: Jenis fabrik sesebuah t-shirt memberi kesan yang besar pada kualiti t-shirt tersebut. Jika ingin yang selesa, carilah t-shirt yang diperbuat 100% dari cotton atau yang cotton yang dicampur sedikit dengan fiber sintetik. Cotton sememangnya selesa sebab memberikan pengudaraan yang baik di mana fiber sintetik boleh mengekalkan bentuk t-shirt. Jika ingin dipakai untuk keadaan yang lebih lasak, carilah t-shirt microfiber yang berkualiti kerana takkan mudah berubah bentuk dan lebih tahan lasak. Kurang menyerap peluh tetapi sangat mudah kering.
  2. Fit: Sangat penting untuk cari t-shirt yang sesuai dengan saiz kita. Tak terlalu besar atau terlalu kecil. T-shirt tersebut mestilah memeluk badan kita dengan fit tetapi bukan bermakna ketat pada dada, lengan atau pinggang. Pastikan mencuba dulu t-shirt atau jika beli online, lihat ukuran betul-betul sebelum membeli.
  3. Quality: Carilah t-shirt yang menawarkan material berkualiti tinggi dengan jahitan yang kemas. T-shirt yang baik seharusnya mempunyai jahitan yang sekata dan tiada benang yang longgar.
  4. Stail: T-shirt datang dengan pelbagai stail. Ada kolar bulat, kolar bentuk V, t-shirt berkolar polo atau kolar “scoop neck” di mana kolar lebih lebar. Pilih stail yang sesuai dengan personaliti dan badan anda. Tapi kalau tak pasti, kolar bulat biasa semestinya pilihan paling selamat.
  5. Warna: Warna juga memainkan peranan penting dalam memilih t-shirt. Nak selamat dan senang matching, boleh pilih warna hitam, putih atau kelabu. Tetapi, kena juga tengok jenis warna kulit dan stail anda. Tak salah pilih warna yang terang jika sesuai ianya sesuai dengan stail dan personaliti anda.
  6. Jenama: Anda boleh ambil kira reputasi sesebuah jenama. Ada jenama yang mempunyai reputasi yang baik dalam menghasilkan kualiti t-shirt yang bagus, dan mungkin ada jenama yang diketahui kualiti fabrik dan jahitannya tidak bagus. Buatlah sedikit kajian dan banyakkan baca review sebelum membeli.
  7. Tujuan: Akhir sekali, apakah tujuan anda membeli t-shirt? Adakah anda membeli untuk keluar berjalan, bersenam atau acara yang lebih formal? Pilih t-shirt yang sesuai dengan keadaan penting supaya anda tidak nampak kekok malah nampak yakin dan bergaya.

Inilah antara tip-tip yang dapat kami kongsikan. Kesimpulannya, pemilihan t-shirt yang betul juga penting walaupun dikatakan sebagai hanyalah sehelai t-shirt. Ini kerana, ia dapat berikan keselesaan dan keyakinan mengikut keadaan, stail dan personaliti si pemakai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *