Posted on Leave a comment

BAGAIMANA NAK PILIH T-SHIRT TERBAIK UNTUK BISNES ANDA

Macam mana nak design baju yang perfect untuk company atau bisnes?

Di sini kami akan bagitahu sikit apa yang perlu ada pada baju company, saiz design dan warna baju apa yang sesuai.

Baju company ni bukan sahaja dipakai sebagai uniform, tetapi sebenarnya secara tak langsung akan mempromosikan bisnes company anda.

Jadi, apa yang perlu ada pada baju company? 

  1. LOGO

Adakah sekadar letak logo company dah mencukupi?

Mestilah tak cukup. Melainkan anda brand yang established macam Apple. Letak epal tak habis makan tu pun berebut orang beli.

Tapi tak bermakna perlu letak semua detail company atas baju. Yang penting baju tu simple, cantik dan menarik perhatian.

  1. TRADEMARK

Selain logo, nama dan slogan company juga perlu ada atas baju. Logo boleh diletakkan di dada. Nama dan slogan pula boleh dicetak di belakang baju. 

Tidak perlu design yang terlalu besar, tapi mestilah menggunakan font yang menarik, tidak berangkai dan mudah dibaca.

  1. WARNA BAJU

Pemilihan warna baju juga sangat penting. Jika anda pilih warna yang terang, dari jauh orang dah boleh nampak baju anda. Tapi jika anda pilih warna baju yang gelap, anda mungkin perlu menggunakan warna font yang cerah pula. Ini semua demi menarik mata customer anda.

Walaubagainamapun, ini semua hanyalah pandangan kami sebagai sebuah printing company. Akhirnya, semua bergantung kepada kreativiti dan keperluan anda sebagai seorang bisnes owner.

Harap perkongsian ini membantu. Terima kasih kerana membaca sehingga habis!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *