Posted on Leave a comment

Baju custom dari Limiteez: Tidak terhad pada gaya yang sama sepanjang masa.

Cuba tengok dalam almari anda, kami pasti semua baju anda cantik-cantik dan bergaya. Tapi, kita juga tahu baju yang dibeli dari butik atau kedai baju, satu design ada berpuluh helai. Bermakna, akan ada orang lain yang sama baju dengan anda. Ini tidak termasuk cawangan lain yang kedai tersebut ada. Tak uniklah macam ni.

UPGRADE ALMARI

Nak upgrade almari dengan baju yang lebih unik, bersifat peribadi tetapi tetapi selesa, bergaya dan berkualiti? Boleh dapatkan di Limiteez je. Kami Print on Demand, iaitu anda custom di website kemudian baru kami cetak dan poskan kepada anda. Bukan sahaja bergaya, tapi baju tersebut mewakili diri anda sebagai seorang individu yang berbeza dengan orang lain.

GAYA UNIK DAN TERSENDIRI

Dengan custom baju di Limiteez, anda boleh ekspreskan kreativiti dan tunjukkan peribadi anda, siapa diri anda di atas baju. Kami ada pelbagai design t-shirt. Pilih design mana yang anda nak dan custom sendiri apa yang anda nak cetak atas baju. Dengan ini anda bukan sahaja ada baju yang mewakili diri anda, tetapi baju yang unik dan betul-betul one-of-a-kind.

BERKUALITI DAN SELESA

Bersifat peribadi dan unik memang sesuatu yang menarik. Tapi bagaimana pula dengan kualiti? Adakah baju dari Limiteez selesa? Bagaimana pulak dengan kualiti cetakan? Bab ni anda memang tak perlu risau. Kami di Limiteez menggunakan baju yang berkualiti, kain yang selesa dan juga tahan lasak dengan harga yang sangat berpatutan.

Cetakan kami juga berkualiti. Warna terang dan vibrant, tidak mudah tercabut dan tidak pecah-pecah sebab kami gunakan teknik cetakan yang terkini demi kepuasan semua pelanggan kami. Hasilnya, baju yang selesa dan tahan lasak di samping cetakan yang juga cantik dan tahan lama. Bukan yang bergaya sahaja semata-mata,

HADIAH YANG BERMAKNA

Bukan hanya untuk diri sendiri, baju unik seperti ini juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga atau kawan-kawan. Bebas untuk custom apa sahaja atas baju, anda boleh buat satu baju yang sememangnya unik dan memberi makna. Pasti mereka yang menerima gembira dan rasa dihargai.

Bagaimana? Dah ada idea nak custom baju dengan design apa? Kalau tidak ada design, nak custom guna imej clipart yang kami sediakan pun boleh. Mula bebaskan idea kreatif terpendam yang anda ada melalui customizer kami sekarang dan bergaya dengan baju unik yang anda custom sendiri di Limiteez. Gayakan dan lihat betapa seronoknya mempunyai baju dari Limiteez!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *