Sejak 2016, setiap tahun Limiteez akan keluarkan koleksi baju bertemakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Dan setiap tahun jugalah koleksi ini akan jadi best seller dan ada peminatnya tersendiri.
Nak tahu kenapa ramai sangat suka koleksi baju Merdeka dari Limiteez ini?
- Design minimalis tetapi versatil
Design yang Limiteez buat untuk koleksi Merdeka setiap tahun adalah design yang simple dan tidak sarat dengan banyak corak. Dan yang simple itulah yang menarik minat orang ramai untuk membeli baju merdeka dari kami. Design kami juga versatil, boleh dipakai pada bila-bila masa tak perlu tunggu hari Kemerdekaan sahaja.
- Pelbagai jenis design dan material baju
Yang menarik lagi tentang baju merdeka kami ialah kami sediakan pelbagai jenis design baju. Ada lengan pendek, lengan panjang dan saiz kanak-kanak. Ada juga kolar bulat dan baju polo. Dan anda juga boleh pilih nak material cotton atau microfiber. Lagi menarik, ada pelbagai pilihan warna. Haa, macam mana tak rambang mata lepas tu terus beli. Sebab ada banyak pilihan!
- Kualiti tiptop walaupun murah
Walaupun harga tidak mahal, Limiteez akan pastikan kualiti yang kami berikan tetap yang terbaik. Sebab itu juga, ramai yang beli baju merdeka ini dari kami. Daripada material, design, cetakan sehinggalah servis penghantaran, kami akan bagi yang terbaik. Begitulah cara kami mendapatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan untuk membeli dari Limiteez.
- Mengikut perkembangan terkini
Kami pastikan kami sentiasa peka dengan perkembangan semasa. Apakah tema dan logo kemerdekaan tahun tersebut, tahun kemerdekaan yang keberapa dan design bagaimana yang simple dan sejuk mata memandang? Kami design dan cetakkan kemas-kemas ke atas baju.
- Sentiasa ada SALE!
Kami bagi diskaun RM10 untuk semua produk baju Merdeka! Untung ke untung? Dahlah kualiti best, design cun, harga tak mahal, ada diskaun lagi. Macam manalah tak best seller setiap tahun.
Kesimpulannya, kalau anda tak beli baju Merdeka Limiteez ni memang rugi. Lagi-lagi nanti nak dipakai semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di peringkat sekolah, pejabat atau komuniti di kawasan kejiranan anda. Baju Limiteez yang berkualiti inilah yang mesti menjadi pilihan anda! Jangan lupa dapatkan di sini!