Posted on 4 Comments

Selfie dan Review – Dapat Baucar Bernilai RM20

Dapatkan baucar bernilai RM20 dengan 2 langkah sahaja.

Beri review di page Facebook kami dan uploadkan gambar selfie anda diruang komen review tersebut.

Yupe! Semudah itu sahaja.

Ini adalah satu satunya cara kami untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang pernah melanggan dengan kami.

 

Terms & Condition :

  • Selfie anda haruslah memperagakan produk kami. Pastikan ia jelas kelihatan
  • Mesti tulis review biarpun dibawah 6 perkataan
  • Kepada mereka yang pernah review tetapi tidak upload gambar atau sebaliknya, anda boleh memenuhi salah satu daripada syarat itu untuk claim baucar anda.
  • Kepada mereka yang pernah buat kedua dua syarat boleh PM admin untuk mendapatkan voucher anda.

Ini lar peluang keemasan anda untuk membeli produk kami kepada orang tersayang dengan harga diskaun!

So apa tunggu lagi, start SELFIE & REVIEW.

Posted on 3 Comments

Cara untuk mendapatkan baju free

Limiteez telah beroperasi selama setahun lebih dan kami amat berbangga kerana kami telah berjaya membuat beribu pelanggan kami berasa puas hati 100%

Kami sentiasa berusaha untuk membuat design yang memenuhi citarasa individu. Keistimewaan Limiteez adalah membuat design yang “custom” seperti mencetak nama individu, “profession” dan hobi, tanpa adanya minimum order. Sehelai sahaja pun boleh dan harganya adalah amat berpatutan.

Ok, tanpa membuang masa, ini caranya untuk mendapat baju custom FREE dari kami!

Anda hanya perlu “submit” design atau slogan kegemaran anda kepada kami. Jika kami rasa design dan slogan anda ada permintaan dan diminati ramai, kami akan memberi satu helai baju FREE untuk anda.

Kami cuma perlukan design yang anda rasa digemari ramai, jadi anda boleh mencari di Internet atau memberi lakaran anda sendiri. Best kan!

Jika anda ada slogan yang power, anda juga boleh berkongsi dengan kami, dan kami akan membuat design berasaskan slogan anda.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan baju FREE dari Limiteez!

START SUBMITTING NOW!

Note : Anda boleh email admin@limiteez.com atau PM Facebook kami.

Happy Submitting!

Posted on Leave a comment

PERADUAN CABUTAN BERTUAH NURSES DAY

Butir-butir Peraduan :

  1. Lima (3) Kek Bertemakan Nurses Day ditawarkan untuk dimenangi.
  2. Satu kek bernilai RM250
  3. Jikalau kek tidak dapat dikirim ke Negeri pemenang, wang tunai sebanyak RM250 akan digantikan sebagai hadiah

Cara untuk menyertai peraduan :

  1. Pembelian yang tertinggi ( jumlah dalam RM ) didalam satu resit akan memenangi satu (1) kek secara automatik.
  2. Pembelian minima RM200 dalam satu resit akan mendapat satu tiket untuk cabutan bertuah.
  3. Pembelian RM400 akan mendapat 2 tiket cabutan bertuah, RM600 mendapat 3 tiket cabutan bertuah dan seterusnya
  4. Pembelian dalam gandaan RM200 akan mendapat 1 tiket.
  5. Pemenang pembelian terbanyak tidak layak lagi untuk menyertai cabutan bertuah.
  6. Pembeli hanya boleh menang sekali sahaja.
  7. Tarikh tutup peraduan – April 17 2016( Ahad ) Jam 11.59pm
  8. Tarikh Undian May 01 2016

Sekian terima kasih dan semoga berjaya.

Posted on Leave a comment

Meraikan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Jururawat

Terasa macam baru semalam kita menyambut tahun baru 2016. Tup tap tup tap sekarang dah pun nak masuk bulan Mei. Memang pantas masa berlalu. Tapi sebenarnya ada banyak sebab untuk kita bergembira dengan kedatangan bulan Mei. Tahukah anda, bahawa Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Jururawat Antarabangsa semuanya jatuh pada bulan Mei? Mungkin ada di antara anda yang peka tentang hal ini, tapi mungkin juga ramai yang sebelum ini tak tahu. Haaa takpe, sekarang anda dah tahu! Jadi anda dah ada idea ke tentang apa nak beli untuk raikan orang tersayang dalam hidup anda?

Tahun ini Hari Ibu akan disambut pada 8 Mei, iaitu hari Ahad pada minggu yang kedua. Pastikan anda tidak lupa menyambutnya bersama ibu tersayang, kerana tidak ada insan yang lebih unggul dalam hidup kita selain ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Apa kata tahun ini anda lakukan sedikit kelainan dan hadiahkan kepada ibu anda sehelai t-shirt Limiteez dengan design serta slogan Hari Ibu yang sangat menarik. Selain untuk ibu anda, para lelaki boleh juga hadiahkan t-shirt ini sebagai penghargaan kepada isteri-isteri anda. Untuk para wanita pula, kalau nak bagi kat kakak, adik, ibu saudara, kawan, rakan sekerja, boss malah kalau nak hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh! Haaa…idea yang last tu paling meletup. Tak payah tunggu orang bagi. Beli je untuk diri sendiri dan pakai t-shirt awesome keluaran kami on your special day… Jangan main-main, only awesome moms can wear this t-shirt okay!

Kami juga turut menyediakan t-shirt Limiteez dengan design yang istimewa untuk sambutan Hari Guru yang akan berlangsung pada 16 Mei. Para guru umpama lilin yang sentiasa membakar diri untuk memberikan ilmu kepada anak muridnya. Jadi kepada adik-adik yang sayang kepada cikgu, tutor atau lecturer anda…takkan nak ucap selamat hari guru je kan!  Hadiahkan kepada mereka t-shirt Hari Guru yang cool untuk menunjukkan penghargaan anda. Atau jika anda ada seorang kawan, housemate, girlfriend, boyfriend, tunang dan sebagainya yang bergelar seorang guru, boleh juga berikan t-shirt special ini sebagai hadiah – confirm mereka pasti suka dan tersenyum lebar bila memakainya!

Hari Jururawat Sedunia pula jatuh pada 12 Mei. Kalau anda pernah jatuh sakit sampai terlantar di hospital, tentu anda ada pengalaman dijaga oleh jururawat-jururawat yang lembut dan baik hati. Merekalah yang membantu para doktor memberikan rawatan dan bersabar melayan kerenah pesakit sampailah sembuh. Jadi memang wajarlah didedikasikan satu hari yang khas untuk meraikan golongan yang begitu banyak berjasa ini. Kalau ada sesiapa yang ingin menunjukkan penghargaan kepada mana-mana jururawat yang anda kenali, dapatkan t-shirt Limiteez dengan design yang khas sempena Hari Jururawat Sedunia. Mesti ada antara anda di luar sana yang tersangkut dengan nurse yang pernah jaga korang kan? Atau anda ada sahabat rapat, housemate atau adik-beradik yang bekerja sebagai jururawat? Jika ya, jangan lepaskan peluang gembirakan mereka dengan t-shirt Hari Jururawat Sedunia yang memang susah nak jumpa macam ni!

T-shirt Limiteez selesa dan berkualiti tinggi , pilihan yang tepat untuk anda jadikan sebagai hadiah buat insan yang istimewa di hati anda. Designnya memang menarik dan terdapat banyak pilihan warna dan saiz. Layari laman web kami di https://limiteez.com atau anda boleh juga membuat tempahan melalui laman FB kami di  https://www.facebook.com/limiteez.