Posted on Leave a comment

Custom Baju dengan Mudah di www.limiteez.com

Selain tidak mengenakan jumlah order minimum, Limiteez juga menggalakkan pelanggan kami untuk custom produk dan order melalui website kami. Kami sediakan customizer yang user-friendly dan sangat mudah digunakan.

Jom kami sharekan cara-cara untuk menggunakan customizer kami. Langkah-langkah ini adalah untuk paparan telefon pintar.

  • Pertama sekali, daftar dan login ke dalam website www.limiteez.com. Ikuti saje langkah mudah yang akan diberikan semasa daftar dan login nanti.
  • Seterusnya, pilih produk yang anda nak custom. Boleh pilih sama ada anda nak custom sendiri atau custom ikut kategori dengan design yang dah sediakan.

Jika anda pilih untuk custom produk sendiri, boleh pilih dari pelbagai jenis produk yang kami sediakan. Terdapat pelbagai jenis design t-shirt dan baju sehinggalah pelbagai jenis aksesori lain.

  • Sebagai contoh untuk blog ini, kami akan custom produk ‘Custom Own Design Anti Bac Premium Microfiber Short Sleeve Round Neck’.

Harga yang dipaparkan ini adalah harga sebelum custom. Boleh rujuk segala info tentang produk di sini dari cara order, harga printing, sehinggalah jenis material yang kami gunakan.

  • Pilih warna dan saiz baju dan klik ‘Customize’ untuk mula custom baju.
  • Inilah dia paparan customizer kami. Anda boleh lihat tak banyak butang yang complicated dan sangat mudah digunakan. Mari kami terangkan satu-satu tentang butang-butang yang ada di bawah ini.

a. Images – Di sini kami sediakan pelbagai design yang anda boleh gunakan jika anda tiada design sendiri. Terdapat berpuluh pilihan kategori. Hanya tinggal pilih dan susun atas baju.

b. Upload – Jika anda dah ada design sendiri, klik upload untuk upload design anda di sini.

Jika anda klik pada image yang anda upload, anda boleh lihat butang-butang untuk edit image tersebut.

c. Text – Nak tambah text atau nama, klik butang Text ini dan edit text anda.

d. Variation – Jika anda nak lihat bagaimana design anda kelihatan di atas baju warna lain, pilih warna baju di sini.

e. Sides – Klik sides jika anda nak custom bahagian, lengan dan belakang baju pula.

f. My designs – Design yang anda dah custom, anda boleh save dan akan dipaparkan di sini. Design yang anda save akan tersimpan selagi mana anda menggunakan browser yang sama, cookie tidak luput dan anda tidak delete cache di browser.

g. Undo, redo dan reset – Untuk undo, redo dan reset jika ada kesalahan ketika mengedit.

h. Harga produk – harga selepas ditambah design akan terus dipaparkan di sini.

i. Create pdf preview – Anda boleh muat turun design anda dalam bentuk pdf.

j. Share – Untuk anda share design anda ke media sosial atau mana-mana medium yang dibenarkan.

k. Save – Anda boleh save data design anda dan akan disimpan ke folder ‘My Designs’. Apabila anda tekan butang save, popup seperti berikut akan dipaparkan.

l. Add to cart – Selesai semua proses custom dan design, klik ‘Add to cart’ untuk teruskan pembayaran.

  • Selepas klik ‘Add to cart’, pilih warna, saiz dan jumlah baju yang anda nak order. Harga keseluruhan akan dipaparkan di Total Price. Kemudian, boleh klik semula ‘ADD TO CART’.
  • Di cart akan ditunjukkan dengan terperinci produk yang anda dah custom dan harga customization.
  • Dah pastikan butiran produk adalah betul, bolehlah ‘Proceed to checkout’ dan isikan butiran peribadi seperti alamat dan sebagainya untuk dapatkan harga penghantaran dan teruskan pembayaran.

Sangat mudah kan? Jomlah explore customizer kami ini. Kami pasti anda akan teruja untuk mendesign baju atau produk anda sendiri. Terima kasih kerana suka dengan produk Limiteez!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *