Limiteez adalah satu platform di mana pelanggan boleh membeli baju atau produk lain dengan design sedia ada atau custom sendiri di website. Pelanggan juga boleh buat permintaan design lain dengan kami dengan menghubungi team kami yang peramah.
Limiteez tiada tapak kedai. Kami menjalankan perniagaan 100% atas talian.
Bagi mug dan bantal, tempahan boleh disiapkan dan dikirim dalam masa 2-3 hari bekerja selepas pembayaran dibuat.
Manakala untuk hoodie dan t-shirt pula dalam masa 7-12 hari bekerja.
Pelanggan boleh membuat bayaran melalui perbankan atas talian (online banking) semasa checkout.
Ya, anda boleh tambah nama pada semua produk.
Ya, anda boleh custom semua produk atau pilih terus dari design sedia ada.
Ya, anda boleh custom walaupun hanya satu baju/produk. Tiada jumlah minimum dikenakan.
Mestilah sangat sesuai. Bukan sahaja hadiah, semua produk Limiteez sangat versatil dan boleh digunakan untuk pelbagai keadaan.
Ya, boleh. Hanya hubungi kami dan kami akan sedaya upaya penuhi design yang anda mahukan.
Anda boleh menyemak ukuran secara terperinci di sini.
Ya, boleh. Jika anda ingin buat tempahan lebih dari 50 buah produk, anda boleh terus hubungi Limiteez untuk kita berbincang dengan lebih lanjut dan dapatkan diskaun untuk pembelian anda.
Kami menggunakan Poslaju, J&T dan Pgeon untuk pengiriman kami.
Caj penghantaran yang dikenakan adalah:
– Semenanjung : RM7
– Sabah & Sarawak : RM15
Caj pengiriman percuma akan diberikan jika pembelian dibuat RM150 dan ke atas.
Proses pengiriman akan bermula 7-10 hari bekerja selepas tempahan dibuat.
Ianya mengambil sedikit masa kerana kami PRINT ON DEMAND (POD) dan bukan ready stock bagi memastikan pelanggan kami mendapat baju yang baru dan bukan stok lama.
Link tracking akan dikirim ke emel dan SMS anda pada hari pengiriman.
Baju mungkin akan sedikit luntur selepas basuhan pertama. Jadi anda dinasihatkan untuk asingkan basuhan dari baju berwarna putih.
Ya, boleh. Kami akan gantikan produk yang baru jika kami:
– Tersilap kirim produk
– Tersilap kirim saiz
– Tersilap cetakan
– Produk yang rosak (berlubang)
Sila hubungi di emel kami dalam masa 7 hari selepas menerima tempahan anda yang disertakan bersama gambar dan Order Number anda.
Penggantian akan dibuat segera dan kos pengiriman semula akan ditanggung oleh kami 100%.
Baju yang telah dibeli tidak boleh ditukar melainkan kesilapan adalah dari pihak kami.
Pastikan anda telah mengukur dan memilih saiz dengan betul sebelum membuat pembayaran.
Semua produk dicetak dengan cara Hybrid Print. Kami menggunakan teknik percetakan terkini yang berkualiti tinggi, tahan lama dengan resolusi yang sangat ‘sharp’ membuatkan cetakan nampak sangat kemas dan cantik.
Ya, bagi tempahan yang banyak, baju akan dimasukkan dalam satu bungkusan yang sama tanpa dimasukkan ke dalam plastik secara individu.
Ini kerana kami telah menjual dengan harga yang murah bagi kualiti yang tinggi. Jadi ini dapat mengoptimumkan kos pengeluaran kami di samping mengikuti saranan kerajaan bagi mengurangkan penggunaan plastik.
Mudah sahaja. Anda boleh menghubungi Limiteez di sini dengan mengisi butiran yang disediakan atau tekan sahaja butang Whatsapp untuk berhubung dengan team kami yang peramah.
Tidak daftar akaun pun boleh membeli di Limiteez. Walau bagaimanapun, anda sangatlah digalakkan untuk mendaftar kerana boleh kumpul point banyak-banyak dan boleh tebus pada pembelian seterusnya.
Ukuran dalam inci dan cm