Ramai yang tanya, Limiteez guna teknik pencetakan apa? Cetakan sangat kemas, warna terang dan tidak pecah-pecah?
Untuk pengetahuan anda, kami di Limiteez menggunakan teknik cetakan DTF. Anda mesti tertanya-tanya, apa itu DTF? Bagaimana ia dilakukan?
Dalam blog ini, anda akan tahu apa itu DTF, bagaimanakah proses DTF dilakukan dan apa kelebihan DTF.
DTF ataupun Direct to Film merupakan teknik baru yang semakin popular dalam pencetakan baju atau fabrik. Secara asasnya, imej design akan dicetak di atas satu kertas filem khas sebelum dipindahkan ke atas produk.
Untuk melakukan proses ini, printer khas untuk DTF diperlukan. Kemudian, design perlu dicetak ke atas kertas filem dalam keadaan mirror.
Filem yang telah dicetak pula perlu diletakkan satu serbuk khas dengan nipis. Serbuk ini membantu cetakan design melekat ke atas produk dengan lebih baik.
Kemudian, serbuk tersebut perlu dicairkan sebentar. Anda boleh gunakan pengering rambut atau oven untuk cairkan serbuk tersebut.
Selepas itu, letakkan produk di atas heatpress dan letakkan cetakan dengan kemas ke atas produk. Tekan heatpress beberapa saat untuk pindahkan cetakan ke atas produk.
Sekarang, anda boleh mencabut filem perlahan-lahan dari atas produk.
Anda akan lihat cetakan melekat elok atas produk, warna terang dan cantik dan cetakan boleh diregangkan bersama-sama tanpa pecah-pecah. Inilah sebenarnya kelebihan DTF.
Selain itu, kelebihan DTF adalah ianya boleh dicetak di atas pelbagai jenis fabrik. Prosesnya juga lebih cepat berbanding teknik cetakan lain.
Teknik ini adalah antara yang mudah dilakukan dan sangat cost-effective menyebabkan semakin ramai menggunakan teknik cetakan ini termasuklah kami di Limiteez.
Harap penerangan ringkas ni membantu anda memahami teknik DTF dengan lebih jelas dan meyakinkan anda untuk menggunakan khidmat kami.