Terasa macam baru semalam kita menyambut tahun baru 2016. Tup tap tup tap sekarang dah pun nak masuk bulan Mei. Memang pantas masa berlalu. Tapi sebenarnya ada banyak sebab untuk kita bergembira dengan kedatangan bulan Mei. Tahukah anda, bahawa Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Jururawat Antarabangsa semuanya jatuh pada bulan Mei? Mungkin ada di antara anda yang peka tentang hal ini, tapi mungkin juga ramai yang sebelum ini tak tahu. Haaa takpe, sekarang anda dah tahu! Jadi anda dah ada idea ke tentang apa nak beli untuk raikan orang tersayang dalam hidup anda?

Tahun ini Hari Ibu akan disambut pada 8 Mei, iaitu hari Ahad pada minggu yang kedua. Pastikan anda tidak lupa menyambutnya bersama ibu tersayang, kerana tidak ada insan yang lebih unggul dalam hidup kita selain ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Apa kata tahun ini anda lakukan sedikit kelainan dan hadiahkan kepada ibu anda sehelai t-shirt Limiteez dengan design serta slogan Hari Ibu yang sangat menarik. Selain untuk ibu anda, para lelaki boleh juga hadiahkan t-shirt ini sebagai penghargaan kepada isteri-isteri anda. Untuk para wanita pula, kalau nak bagi kat kakak, adik, ibu saudara, kawan, rakan sekerja, boss malah kalau nak hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh! Haaa…idea yang last tu paling meletup. Tak payah tunggu orang bagi. Beli je untuk diri sendiri dan pakai t-shirt awesome keluaran kami on your special day… Jangan main-main, only awesome moms can wear this t-shirt okay!

Kami juga turut menyediakan t-shirt Limiteez dengan design yang istimewa untuk sambutan Hari Guru yang akan berlangsung pada 16 Mei. Para guru umpama lilin yang sentiasa membakar diri untuk memberikan ilmu kepada anak muridnya. Jadi kepada adik-adik yang sayang kepada cikgu, tutor atau lecturer anda…takkan nak ucap selamat hari guru je kan!  Hadiahkan kepada mereka t-shirt Hari Guru yang cool untuk menunjukkan penghargaan anda. Atau jika anda ada seorang kawan, housemate, girlfriend, boyfriend, tunang dan sebagainya yang bergelar seorang guru, boleh juga berikan t-shirt special ini sebagai hadiah – confirm mereka pasti suka dan tersenyum lebar bila memakainya!

Hari Jururawat Sedunia pula jatuh pada 12 Mei. Kalau anda pernah jatuh sakit sampai terlantar di hospital, tentu anda ada pengalaman dijaga oleh jururawat-jururawat yang lembut dan baik hati. Merekalah yang membantu para doktor memberikan rawatan dan bersabar melayan kerenah pesakit sampailah sembuh. Jadi memang wajarlah didedikasikan satu hari yang khas untuk meraikan golongan yang begitu banyak berjasa ini. Kalau ada sesiapa yang ingin menunjukkan penghargaan kepada mana-mana jururawat yang anda kenali, dapatkan t-shirt Limiteez dengan design yang khas sempena Hari Jururawat Sedunia. Mesti ada antara anda di luar sana yang tersangkut dengan nurse yang pernah jaga korang kan? Atau anda ada sahabat rapat, housemate atau adik-beradik yang bekerja sebagai jururawat? Jika ya, jangan lepaskan peluang gembirakan mereka dengan t-shirt Hari Jururawat Sedunia yang memang susah nak jumpa macam ni!

T-shirt Limiteez selesa dan berkualiti tinggi , pilihan yang tepat untuk anda jadikan sebagai hadiah buat insan yang istimewa di hati anda. Designnya memang menarik dan terdapat banyak pilihan warna dan saiz. Layari laman web kami di https://limiteez.com atau anda boleh juga membuat tempahan melalui laman FB kami di  https://www.facebook.com/limiteez.