Bagi membuat baju yang nampak kemas dan cantik, fail gambar/dokumen untuk cetakan perlulah dalam kualiti tinggi berformat png, jpg, pdf atau ai. Fail cetakan dalam kualiti tinggi disediakan secara khusus oleh pereka grafik.
Anda tidak boleh:
- Buat screenshot dari telefon bimbit atau komputer dan muat naik sebagai fail cetakan – hasilnya akan nampak kurang cantik.
- Muat turun gambar dengan latar belakang dalam kualiti rendah dan gunakan sebagai fail cetakan.
*Jika kurang pasti fail cetakan apa yang sesuai, mohon berbincang bersama team anda sebelum membuat pembelian.
* Jika anda membuat tempahan dengan memuat naik fail yang yang tidak boleh digunakan, kami boleh bantu tukarkan fail anda kepada fail kualiti tinggi dengan bayaran. Bayaran bergantung kepada kerumitan design gambar dalam fail tersebut.
* Jika anda tidak setuju dengan bayaran yang dikenakan, kami akan pulang semula duit pembelian anda tetapi dengan caj RM5 (merchant fee). Oleh itu, sila hubungi kami sebelum membuat pembelian jika anda tidak mempunyai fail cetakan yang memuaskan.